Thursday, June 25, 2009

Perkhemahan Pengakap 2009

Jawatankuasa kuasa pengakap telah bermesyuarat pada 25 Jun 2009 dan telah memutuskan untuk menganjurkan satu program perkhemahan pengakap peringkat sekolah.Cadangan program tersebut pada 18-19 Julai 2009 bertempat di padang sekolah.Sasaran peserta seramai 70 orang.Sehubungan itu kepada ahli pengakap yang berminat sila berhubung dengan Imran Yassin, Farizul Athir dan Hajarina Abd Hamid.
Lain-lain program pengakap ialah kembara alam sekitar di Pusat Rawatan Tapir Sg Dusun (sasaran ahli pengakap muda)Tarikhnya akan dimaklumkan kemudian

Monday, June 22, 2009

KURSUS KETUA PATROL









Seramai 13 ahli pengakap muda dan remaja telah menghadiri Kursus Ketua Patrol di Pasir Panjang, Sekinchan. Banyak ilmu yang telah diperolehi antaranya ikatan,kawad tongkat,istiadat menaik bendera dan macam-macam ada...

Sunday, June 21, 2009

KEMPORI NEGERI SELANGOR




Seramai 16 ahli pengakap telah menyertai Kempori Pengakap Ng Selangor bertempat di SK Puncak Alam. Pelbagai aktiviti menarik seperti kembara,masakan,ikatan dsb.

Saturday, June 20, 2009

Lawatan Parlimen(Lencana Jayadiri)


Pengakap remaja telah menyertai lawatan ke Parlimen bersama kelab PERTINA. Lawatan bertujuan memenuhi sebahagian syarat mendapatkan lencana jayadiri pengakap remaja.

Pengembaraan 40km Kem Tekali


Seramai 7 orang pengakap remaja menyertai kursus pengembaraan berjalan kaki sejauh 40km di Kem Tekali

Masakan Rimba




Antara aktiviti dalam ilmu kepengakapan ialah masakan rimba.Kelihatan beberapa ahli pengakap sedang memanggang roti lilit.

Bersama Pesuruhjaya PPM Sungai Besar


Dari kiri Nagiha(pen. s/usaha),En.Kamaruddin,Tn Jamali bin Jaruti(DC PPM Sg Besar) dan Imran Yassin Mokhtar(Ketua Kumpulan)

KAWAD TONGKAT




Krew Kelana PPM Sg Besar diketuai oleh sdr Mazzaid telah melatih ahli kumpulan ke-23 dalam aktiviti kawad kaki dan kawad tongkat.

JAWATANKUASA KUMP KE-23




Pemimpin dan AJK menunjukkan aksi gaya bebas semasa sesi penggambaran majalah

JOTA


Jota kebangsaan ke-2 telah diadakan bertempat di Sek.Keb Sg Hj Dorani. Kumpulan ke-23 telah menghantar seramai 20 ahli menyertai aktiviti tersebut
nine..mike..one..charlie...sierra..bravo





Friday, June 19, 2009

Sambutan 100 Tahun Pengakap Malaysia




Ketua Kumpulan Ke-23 SMK Seri Bedena Sdr Imran Yassin Mokhtar(5ST) bersama Penolong Setiausaha Sdri Nurul Nagiha Rosni(5SI2) dan wakil pengakap kanak-kanak PPM Sg Besar iaitu Azhan Amsyar Kamaruddin(SK Seri Makmur)